TUGASAN GKMP KETIKA PKP 2020
Bermulanya PKP 2020 akibat COVID 19 kami barisan GKMP ditugaskan melaksanakan pemantauan tugasan yang diedarkan kepada murid-murid SMK Vivekananda
Kami sebagai guru melaksanakan tugasan yang diberikan dengan pelbagai kaedah , walau menghadapi pelbagai rintangan masih tetap dapat meneruskannya ...yang penting gaji yang kami perolehi , dibayar berdasarkan usaha gigih kami sebagai seorang guru yang sentiasa berniat yang terbaik untuk muridnya.
Borang yang digunakan setiap kali selesai guru memberikan kerja kepada murid
http://gg.gg/pkp2020matesains
Hasil pemantauan didapati guru-guru menggunakan pelbagai kaedah penyampaian
http://gg.gg/laporanpkpbahasa
http://gg.gg/laporanpkptekvok
http://gg.gg/laporanpkpkemanusiaan
http://gg.gg/laporanpkpmatesains
PENJELASAN LANJUT BERKAITAN JADUAL WAKTU PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
🖥️ Pihak sekolah sangat memahami kekangan ramai ibu bapa/penjaga untuk membantu anak-anak apabila pembelajaran atas talian dilaksanakan kerana ibu bapa/penjaga sudah mula bekerja, masalah akses internet, ramai anak yang perlu menggunakan alat peranti yang terhad, ketiadaaan alat pencetak dan pelbagai kekangan lain.
🖥️ Oleh itu, penggunaan istilah 'pembelajaran atas talian' tidak bermaksud guru-guru akan menggunakan sepenuhnya medium secara 'google meet' atau pengajaran video secara langsung (live).
🖥️ Guru-guru yang melaksanakan pembelajaran atas talian yang dijadikan pembelajaran di rumah (home based learning) sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada murid-murid masih lagi menggunakan pelbagai kaedah dan medium seperti aplikasi 'WhatsApp', 'Digital Learning' melalui Google Classroom, Google Form, Quizizz, Kahoot, Wordwall, latihan bertulis melalui buku teks, buku latihan aktiviti dan buku tulis.
🖥️ Pada kebiasaannya, guru-guru akan memberikan pengajaran, latihan atau tugasan pada sebelah pagi, namun demikian murid-murid diberi kelonggaran untuk menyiapkannya selepas ibu bapa/penjaga pulang dari tempat kerja kerana maklumat tersebut berada dalam telefon bimbit ibu bapa/penjaga. Tiada had masa dalam setiap aktiviti yang diberikan.
🖥️ Ibu bapa/penjaga tidak perlu bimbang sekiranya anak-anak terlewat menyiapkan latihan kerana terpaksa menggunakan telefon bimbit ibu bapa/penjaga yang sudah mula bekerja.
🖥️ Guru-guru sedia maklum akan situasi murid-murid di rumah. Oleh itu, guru-guru akan mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) melalui kreativiti mereka dengan mengambil kira tumpuan turut diberikan terhadap latihan bertulis melalui buku teks, buku latihan aktiviti dan buku tulis.
🖥️ Tiada tekanan atau hukuman jika murid-murid terlewat menyiapkannya, namun pertimbangan diberikan apabila ibu bapa/penjaga dan guru-guru dapat berkomunikasi secara berhemah dan baik bagi kekangan yang timbul.
🖥️ Segala permasalahan, boleh dirujuk kepada guru mata pelajaran berkenaan. Namun, murid yang telah menyiapkan kerja boleh menunjukkan bukti kepada guru berkenaan atau dimaklumkan melalui group WhatsApp kelas.
🖥️ Terima kasih atas kerjasama serta keprihatinan para ibu bapa/penjaga dan guru-guru dalam memastikan kita melalui norma baharu kehidupan ini dalam memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak Covid-19. In shaa Allah.
Unit Kurikulum,
SMK Vivekananda
Kuala Lumpur.
14 Jun 2020.

Terima kasih guru-guru SMK Vivekananda especially kepada guru-guru SC MATH yang sentiasa mengekalkan momentum bersama dengan murid tersayang
#kitajagakita
#stayathome
#bepositivetogetthebigimpact
No comments:
Post a Comment