Showing posts with label DASHBOARD SMKV. Show all posts
Showing posts with label DASHBOARD SMKV. Show all posts

Saturday, 27 February 2021

Mr Thangaperumal

 Syukur Ya Allah ( bersama Mr Thanga )

Mantan Pengetua ku di SMK Vivekananda

TQ sir, Tq di atas sokongan untuk aku meneruskan perjuangan profesion ku dalam bidang pengurusan.  Dimana bumi dipijak disitu langit kujunjung. Hanya Allah yang maha mengetahui betapa terperanjat pada 18hb November 2020 bila sir mengucapkan tahniah kepada ku dan rakan setugas ( Puan Ambigai) di atas kenaikan pangkat melalalui whatssap sekolah.  Sungguh terperanjat , ingatkan dah tak dapat, tapi jika Allah nak kurniakan apa sahaja untuk kita samada baik atau buruk dengan sekelip mata , datang bergolek itulah kekuasaanNya yang kita tak boleh nafikan.  Hanya doa yang baik-baik dan sokongan dari sir dan rakan setugas dan keluarga sentiasa menguatkan diri ini, setiap orang di mana sahaja boleh belajar, pihak pengurusan tertinggi pun masih belajar lagi, kecekapan kita akan sentiasa dinilai, ilmu didada mesti sentiasa ada untuk bekalan, belajarlah selagi boleh..sebab ini memang profesion ku.




TQ semua, kasih sayang 

Friday, 26 February 2021

JAMUAN MERAIKAN RAKAN² SMK VIVEKANANDA YANG BERPINDAH

 Kenangan di SMK VIVEKANANDA

( 6.5.2019 - 16.11.2020 )

Tuai padi antara nampak
esok jangan layu-layuan
intailah daku antara nampak
esok jangan rindu-rinduan...



























Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan yang berhijrah... Hijrah itu satu perubahan idea, corak kehidupan dan kesungguhan .Semoga kita lebih cemerlang dan terus menuju kecemerlangan...😘😘😘😘


Thursday, 9 July 2020

MAJLIS APC 2019 SMK Vivekananda

MAJLIS APC 2019 
SMK Vivekananda Kuala Lumpur
Tarikh : 9.7.2020
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Vivekananda
Disempurnakan oleh : Pengetua SMK Vivekananda
En Thangaperulamal A/L Andimuthu


Majlis APC 2019 diraikan dengan suasana "sweet and simple"  . Tahniah penerima APC 2019...
#backdrop-kerjaku
















































































HI TEA 2022