Syukur Ya Allah ( bersama Mr Thanga )
Mantan Pengetua ku di SMK Vivekananda
TQ sir, Tq di atas sokongan untuk aku meneruskan perjuangan profesion ku dalam bidang pengurusan. Dimana bumi dipijak disitu langit kujunjung. Hanya Allah yang maha mengetahui betapa terperanjat pada 18hb November 2020 bila sir mengucapkan tahniah kepada ku dan rakan setugas ( Puan Ambigai) di atas kenaikan pangkat melalalui whatssap sekolah. Sungguh terperanjat , ingatkan dah tak dapat, tapi jika Allah nak kurniakan apa sahaja untuk kita samada baik atau buruk dengan sekelip mata , datang bergolek itulah kekuasaanNya yang kita tak boleh nafikan. Hanya doa yang baik-baik dan sokongan dari sir dan rakan setugas dan keluarga sentiasa menguatkan diri ini, setiap orang di mana sahaja boleh belajar, pihak pengurusan tertinggi pun masih belajar lagi, kecekapan kita akan sentiasa dinilai, ilmu didada mesti sentiasa ada untuk bekalan, belajarlah selagi boleh..sebab ini memang profesion ku.
TQ semua, kasih sayang
No comments:
Post a Comment